Simple Advice: Don’t quit your job kecuali dah ada kerja lain menanti

Untuk hari ni, kita ada satu simple advice. Basic advice. Jangan berhenti kerja, don’t quit your job, kecuali kita dah ada kerja lain menanti. Sebab, masa sekarang bukan masa yang elok untuk kita buat keputusan mengikut perasaan atau emosi peribadi. Boss kejam? Boss suka hamun? Rakan sekerja macam taik kucing? Kerja banyak bonus tak ada? Terus bekerja, jangan quit, jangan resign. Ini zaman ekonomi tak bagus, kerja susah nak dapat. Job vacancies sangat kurang. Kalau resign tanpa ada kerja, nanti poket kosong jiwa merana tau! Kalau tempat kerja sekarang teruk sangat, dah tak tahan sangat, pergi cari kerja lain dulu. … Continue reading Simple Advice: Don’t quit your job kecuali dah ada kerja lain menanti

1000 pekerja Media Prima Group akan ditamatkan perkhidmatan

Berasaskan sumbernya, MalaysiaGazette.com berkata, lebih 1,000 orang kakitangan akhbar-akhbar dalam kumpulan media News Straits Times Bhd serta Media Prima akan diberi latihan pemberhentian kerja. Latihan pemberhentian kerja adalah fasa terakhir sebelum pekerja diberi notis penamatan perkhidmatan secara retrenchment. Latihan ini biasanya termasuk nasihat bagaimana mendapatkan kerja di tempat lain selepas penamatan sekarang, interview skill, penulisan resume, bagaimana menghadapi kesan psikologi, bagaimana mengendalikan wang pampasan secara bijak dan lain-lain. Apapun, jika benar-benar berlaku, ini satu lagi berita sedih untuk kita juga, walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini mencerminkan juga kepada kita akan sekurang-kurangnya dua realiti: (1) Keadaan ekonomi … Continue reading 1000 pekerja Media Prima Group akan ditamatkan perkhidmatan

Diskriminasi dunia pekerjaan wanita bertudung?

Wanita tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temuduga berbanding dengan wanita yang bertudung. Benarkah demikian? Nampaknya begitulah, kalau didasarkan kepada satu dapatan dari satu kajian oleh “Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS)“. Hasil kajian mereka mendapati wanita yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung. Cent-GPS berkata mereka telah menghantar resume wanita Melayu bertudung dan tidak bertudung kepada 547 tawaran peluang pekerjaan. Resume yang sama, yang berbeza hanyalah satu resume dimiliki oleh wanita bertudung, satu lagi, tidak bertudung. Keputusannya? “Wanita tidak bertudung menerima 12.7% atau 70 panggilan temu duga, manakala wanita berhijab hanya … Continue reading Diskriminasi dunia pekerjaan wanita bertudung?