Selamat Hari Pekerja!

Esok adalah 01hb Mei, dan sama-sama kita ucapkan “Selamat Hari Pekerja!” kepada semua kaum pekerja Malaysia.

Sesungguhnya negara dan rakyat terhutang budi kepada anda semua kaum pekerja. Tanpa sumbangan dan pengorbanan anda, juga pengorbanan keluarga anda, kemajuan yang dicapai sekarang tidak mungkin tercapai.

Apa yang kita harapkan ialah kerajaan dan majikan terus menambah-baik kebajikan kaum pekerja, terus memberi dan mempertingkatkan keadilan kepada kaum pekerja, dan terus menghargai jasa dan bakti mereka.

Sudah tentu, kaum pekerja hendaklah berterusan meningkatkan produktiviti mereka supaya majikan mampu memberi faedah dan kebajikan pekerjaan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Selamat Hari Pekerja!

Posted in General | Tagged , , , , | Leave a comment

Cuti Bersalin

Kita ingin berkongsi berita mengenai Cuti Bersalin yang diberi oleh dua buah bank dalam Malaysia. Berita itu ialah:

(1) Maybank

Cuti Bersalin ialah sebanyak 365 hari, iaitu:

(a) 90 hari Cuti Bersalin bergaji penuh,

(b) 3 bulan Cuti Bersalin setengah bulan gaji, dan

(c) 6 bulan Cuti Bersalin tanpa gaji,

di mana Pekerja boleh memohon cuti (b) dan (c) jika mereka mahu.

(2) Standard Chartered Bank (StanChart)

Cuti Bersalin ialah sebanyak 20 minggu bergaji penuh.

Cuti “Paternity Leave“: Pekerja lelaki yang isterinya bersalin diberi cuti dua minggu bergaji penuh.

Bagimana pula Cuti Bersalin di tempat kerja anda?

Posted in Employee Benefits, Faedah Kerja | Tagged , , , , , | Leave a comment

Tarikh Cuti Umum sempena Hari Keputraan Yang di-Pertuan Agong

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa tarikh bagi sambutan Hari Keputraan Yang di-Pertuan Agong telah diubah dari tarikh kebiasaannya, iaitu hari Sabtu pertama bulan Jun, kepada hari Sabtu terakhir bulan Julai.

Dengan itu, tarikh Cuti Umum sempena Hari Keputraan Yang di-Pertuan Agong tahun ini adalah pada hari Sabtu, 29hb Julai 2017.

Tarikh-tarikh bagi Cuti Umum bagi tahun-tahun 2018, 2019, 2020, dan 2021 adalah pada hari Sabtu terakhir bulan Julai tahun-tahun berkenaan.

Posted in Working Environment | Leave a comment