Selamat Hari Pekerja!

Esok adalah 01hb Mei, dan sama-sama kita ucapkan “Selamat Hari Pekerja!” kepada semua kaum pekerja Malaysia.

Sesungguhnya negara dan rakyat terhutang budi kepada anda semua kaum pekerja. Tanpa sumbangan dan pengorbanan anda, juga pengorbanan keluarga anda, kemajuan yang dicapai sekarang tidak mungkin tercapai.

Apa yang kita harapkan ialah kerajaan dan majikan terus menambah-baik kebajikan kaum pekerja, terus memberi dan mempertingkatkan keadilan kepada kaum pekerja, dan terus menghargai jasa dan bakti mereka.

Sudah tentu, kaum pekerja hendaklah berterusan meningkatkan produktiviti mereka supaya majikan mampu memberi faedah dan kebajikan pekerjaan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Selamat Hari Pekerja!

Advertisements

Basic Things untuk ingatan Boss

Among others, there are three Basic Things untuk setiap boss selalu peka (kadang-kadang lupa, kadang-kadang tidak ingat, selalunya mungkin bukan sengaja). Mari kita sebut sebagai HIT, H-I-T:

  • H — Never Humiliate your employees/subordinates
  • I —  Never Ignore them
  • T — Never Take them for granted

Kenapa boss atau ketua mesti peka, perlu sensitif?

  • Sebab pekerja dan orang bawahan itu adalah bukan mesin atau jentera
  • Sebab seringkali diucapkan bahawa “Employees are the company’s greatest assets
  • Sebab sebagai manusia, dia punya perasaan, maruah, harga diri —  sama seperti manusia yang jadi boss, sama seperti isteri/suami dan anak-anak kepada boss

Oleh itu, dalam masa Jalur Gemilang berkibaran megah di angkasa, berilah kepada setiap pekerja atau orang bawahan itu erti dan nikmat Merdeka dalam diri mereka, walaupun sedikit.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Yang Ke-56!!!

Kadar Caruman KWSP (EPF Rate of Contribution) yang baru

KWSP (EPF) telah mengumumkan bahawa mulai penggajian Ogos 2013, had umur caruman wajib telah dinaikkan sehingga umur 60 tahun.

Kadar caruman (rate of contribution) di bawah peraturan baru ini (di mana berkenaan) ialah:

(a)  Pekerja berumur sehingga 60 tahun:

  1. Gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah — Caruman Pekerja 11%, Caruman Majikan 13%
  2. Gaji bulanan lebih dari RM5,000 — Caruman Pekerja 11%, Caruman Majikan 12%
  3. Kadar Caruman Pekerja sebenarnya tidak berubah, tetap pada kadar sedia ada 11%)

(b)  Pekerja berumur 60 tahun hingga 75 tahun:

  1. Gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah — Caruman Pekerja 5.5%, Caruman Majikan 6.5%
  2. Gaji bulanan lebih dari RM5,000 — Caruman Pekerja 5.5%, Caruman Majikan 6%
  3. Kadar Caruman Pekerja ialah 50% dari Kadar Caruman bagi kategori (a) di atas.

Menurut KWSP, pindaan ini adalah selaras dengan “perlaksanaan umur persaraan minimum yang berkuatkuasa pada 01hb Julai 2013…” (www.kwsp.gov.my)

Pengeluaran Simpanan

KWSP juga berkata, “Walaupun terdapat perubahan terhadap umur persaraan dan kadar caruman, Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Umur 50 tahun adalah kekal. Ahli diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun dan membuat pengeluaran penuh pada umur 55 tahun.”