Wesak Day public holiday kan?

Seorang pembaca malam tadi hantar satu e-mel kepada saya: Encik, esok Wesak Day public holiday, kan? Tapi kenapa HR saya kata company tak cuti?

Satu salah-faham yang biasa ialah mengenai public holiday, cuti umum. Masih ramai yang menganggap bahawa semua public holiday adalah hak cuti kepada semua pekerja.

Sebenarnya tidak begitu.

Akta Kerja (undang-undang buruh) menyatakan pada Seksyen 60D(1) bahawa seorang pekerja berhak (layak) mendapat cuti umum minima sebanyak 11 hari dalam setahun dari semua cuti yang di gazet, 5 hari daripadanya wajib (tidak boleh dikecualikan):

(i) Hari Kebangsaan;

(ii) Hari Keputraan Yang Di-Pertuan Agong;

(iii) Hari Keputraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan;

(iv) Hari Pekerja; dan

(v) Hari Malaysia; dan lagi,

(b) cuti umum yang diisytihar di bawah Seksyen 8 Akta Cuti 1951.

Ertinya jika majikan/syarikat anda tidak menyenaraikan Hari Wesak sebagai cuti umum, maka hari ini bukanlah cuti umum bagi anda, ianya hanya hari bekerja yang biasa. Tiada gaji berganda atau overtime cuti umum.

Advertisements

About rahmanpin

sharing basic things in employment matters
This entry was posted in Working Environment. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s