Sudahkah anda mencarum kepada PERKESO?

Bukan satu soalan yang luar biasa: Sudahkah anda, sebagai majikan, mencarum kepada PERKESO (Socso)?
Perkeso.png

 

(a) Amaran, peringatan, tindakan

Setiap majikan diwajibkan oleh undang-undang untuk membuat caruman Perkeso (Socso) bagi pekerjanya. Dalam konteks ini, Perkeso telah memberi amaran dan peringatan, disusuli dengan tindakan penguatkuasaan dari masa ke semasa terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang berkenaan.

Sebagai contoh, dalam “Ops Kesan” pada 1 April lepas, Perkeso telah mengeluarkan kompaun bernilai lebih RM300,000 kepada 500 majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka dalam tempoh pemutihan yang ditetapkan sepanjang Mac lepas.

Perkeso juga mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Jun 2016, majikan yang menggaji seorang pekerja atau lebih wajib mendaftar dengan Perkeso. Ini adalah bagi memberi perlindungan insurans yang lebih meluas kepada semua pekerja, tanpa mengira had gaji yang dibayar kepada pekerja.

(b) Tanggungjawab sosial

Skim Perkeso adalah peruntukan undang-undang untuk melindungi pekerja sekiranya berlaku perkara-perkara mudarat atau kemalangan ketika menjalankan tugas. Tetapi selain dari mematuhi undang-undang, skim ini hendaklah turut dilihat oleh majikan sebagai satu tanggungjawab sosial majikan untuk memberi perlindungan yang minima kepada setiap pekerjanya. Kita sedia maklum ada syarikat yang memberi perlindungan insuran kepada pekerjanya tetapi bukan semua syarikat mampu berbuat demikian. Maka Perkeso menjadi satu solusi dalam isu ini.

Kita menyeru dan berharap majikan yang masih belum berbuat demikian agar segera melaksanakan tanggungjawab legal dan social mereka.

Advertisements

About rahmanpin

sharing basic things in employment matters
This entry was posted in Akta Kerja, Employee Benefits, Law Enforcement and Compliance, Safety and Health and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s