Sorry Encik saya morning sickness hari ni

Hari: Isnin. Mesej dalam talipon: “Sorry Encik saya tak datang kerja hari ni kerana saya morning sickness.”

Adoi…sebagai hari mula kerja bagi setiap minggu (working week), Isnin memang hari yang sangat stressful bagi setiap Production Supervisor atau Line Leader. Atau ketua-ketua pejabat, ketua kumpulan dan sebagainya di ratusan malah ribuan syarikat dan tempat kerja dalam Malaysia. Bila ada orang yang Absent, segala aktiviti kerja pada hari permulaan bagi setiap minggu itu akan terjejas. Pening kepala segala Chief mencari pekerja pengganti, menjadual semula segala perancangan dan sebagainya.

Tetapi seorang sahabat (katakan namanya Mr. Samy) menceritakan kisahnya yang sedikit lain dari yang biasa. Mesej “Sorry Encik saya tak datang kerja hari ni kerana saya morning sickness” itu tadi datang dari seorang ahli pasukan kerja yang bernama “Razi”, seorang lelaki, bukan dari “Raziah”, “Mary” atau “Sarojini”.

Razi, seorang lelaki sejati, baru lima-enam bulan lepas berkahwin, Absent hari ni kerana “morning sickness”?

Suami saya memang morning sickness

Dipendekkan cerita, setelah Mr. Samy (bersama Ramli, seorang stafnya) pergi ke rumah Razi untuk check sendiri, memang mereka dapati Razi menghadapi morning sickness. Isterinya yang baru mengandung sihat wal-afiat tetapi Razi pula yang loya, muntah, tidak boleh bangun. Isterinya memberitahu, Razi juga rasa pening dan muntah-muntah sejak beberapa hari lepas tetapi masih boleh ke tempat kerja. “Tetapi hari ini memang paling teruk,” beritahu isteri Razi sambil tersenyum-senyum geli hati. Saya yang hantar mesej tadi tu.”

Dalam kereta semasa balik ke pejabat, Mr. Samy dan Ramli tergelak-gelak. Ini kali pertama mereka mendengar dan melihat kes suami kena morning sickness bila isteri mengandung.

Advertisements

About rahmanpin

sharing basic things in employment matters
This entry was posted in Akta Kerja, Employee Benefits, Employment laws and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s