Bagaimana pekerja akan bersetia dengan syarikat kalau….

Bagaimana pekerja akan bersetia dengan syarikat atau dengan majikan kalau syarikat masih berpegang kuat dengan prinsip-prinsip primitif seperti “Cuti Tahunan adalah sebanyak 8 hari bagi pekerja yang berkhidmat kurang dari 2 tahun..”

Dasar yang syarikat amalkan dalam soal “compensation and benefits” yang masih ditakuk lama seperti ini tidak disukai oleh pekerja. Tidak banyak syarikat yang memberi faedah kerja yang minima sebegini tetapi masih ada sebilangan yang tidak mau berubah.

Loyalty pekerja terutama sekali di zaman ini mesti ditagih antaranya melalui dasar-dasar perjawatan yang lebih moden, lebih proaktif, lebih kompetitif. Syarikat yang gagal berbuat demikian akan gagal mengekalkan pekerja yang taat dan setia.

Sekian sekadar nota pendek untuk hari ini.

Leave a comment