Penamatan Perkhidmatan

Penamatan perkhidmatan boleh dilakukan oleh mana-mana pihak yang terlibat iaitu (a) Oleh pekerja itu sendiri, atau (b) oleh majikan pekerja itu.

(a) Penamatan Perkhidmatan oleh Pekerja

(1) Pekerja memberi Notis Meletakkan Jawatan. Apabila pekerja memberikan notis hasratnya untuk meletakkan jawatan, perkhidmatan pekerja itu akan tamat di akhir tempoh notis (“notice period”).

(2) Pekerja meninggal dunia. Sudah tentulah secara automatiknya perkhidmatan pekerja akan tamat pada hari beliau meninggal dunia.

(3) Pekerja “Absent” selama dua hari berturut-turut atau lebih. Perkhidmatan seseorang pekerja dianggap ditamatkan oleh pekerja itu sendiri apabila dia gagal hadir tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang boleh diterima selama dua hari berturut-turut atau lebih.

(b) Penamatan Perkhidmatan oleh Majikan

(1) Kerana Retrenchment. Perkhidmatan pekerja boleh ditamatkan melalui proses retrenchment, VSS, MSS, Lay Off, dan sebagainya.

(2) Kerana Dismissal. Majikan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja atas sebab-sebab pelanggaran disiplin, iaitu secara “dismissal” setelah dilakukan proses Domestic Inquiry.

(3) Kerana mencapai Umur Persaraan. Majikan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja apabila pekerja itu mencapai umur persaraan seperti yang telah disebut dalam Perjanjian Perkhidmatan atau dalam Dasar Syarikat, atau undang-undang negara.

(4) Kerana tamat Tempoh Kontrak. Perkhidmatan pekerja secara lantikan kontrak bertempoh (contractual term) akan tamat mengikut tempoh atau tarikh yang dipersetujui dalam kontrak lantikannya.

(5) Kerana tidak disahkan dalam jawatan. Jika pekerja itu dinilai sebagai tidak layak untuk disahkan dalam jawatan di akhir tempoh percubaannya (confirmation period), majikan boleh menamatkan perkhidmatannya mengikut terma yang tertera dalam Surat Lantikannya.

(6) Sakit Berpanjangan. Apabila pekerja mengalami sakit yang berpanjangan (long illness), perkhidmatannya boleh ditamatkan secara “medical board out”. Ia dilakukan mengikut peraturan yang diamalkan oleh syarikat.

Demikian secara umum beberapa cara di mana boleh berlakunya penamatan perkhidmatan seseorang pekerja.

Advertisements

About rahmanpin

sharing basic things in employment matters
This entry was posted in Employee Dismissal, General, Termination of Employment and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s