Wahai kerajaan, kami perlukan Pekerja Asing segera: Shortage!!!

Majikan dari beberapa sektor bisnes dilaporkan sedang berteriak: “Kami memerlukan Pekerja Asing segera! Shortage teruk sekarang!!”

Sebuah akhbar tempatan hari ini membawa cerita mengenai keluhan majikan dari beberapa sektor bisnes yang katanya sedang menghadapi masalah besar kerana kekurangan pekerja.

  • Persatuan Kedai Kopi Malaysia-Singapura: Kami sedang berhadapan dengan kekurangan 10,000 orang pekerja. Kerana kekurangan pekerja, banyak restoran tutup kedai awal; 2.00pm atau 3.00pm dah tutup. Kalau dulu, boleh buka sampai malam.
  • Gabungan Persatuan Penternak Ayam-Itik Malaysia: Ada ladang ternak terpaksa ditutup kerana tak cukup pekerja.
  • Persatuan Restoran India: Kerana tak cukup pekerja, 180 restoran telah tutup dalam tahun 2016. Tahun 2017 ni, tentu akan ada lagi yang kena tutup. Contoh: Seorang pemilik restoran berkata dia terpaksa menutup dua dari empat restorannya sejak dua tahun sudah.
  • Persatuan Kedai Mamak: Sebanyak 10,000 restoran sektor ini kekurangan 30,000 pekerja. Kalau masalah ni berterusan, 10%~20% akan tutup kedai.

Kenapa tidak ambil pekerja tempatan?

Memang kami mahu ambil, kata majikan-majikan ini, tetapi pekerja tempatan tidak berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan. Contohnya: Bagi sektor restoran, pekerja tempatan hanya berminat bekerja sebagai drebar, penjaga stor, atau kerani. Pekerja tempatan tidak mahu kerja sebagai waiter atau pekerja am restoran.

Maka semua mereka mohon agar kerajaan segera memansuhkan pembekuan pengambilan Pekerja Asing yang dilaksanakan hampir satu tahun lalu. Dan membenarkan semula pengambilan Pekerja Asing.

“Keadaan sudah kritikal Tuan, tolonglah!!!” jerit mereka.

Advertisements

About rahmanpin

sharing basic things in employment matters
This entry was posted in Employment laws. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s