Cuti Ehsan

Standard

Seorang fresh graduate, baru dua bulan bekerja dengan sebuah firma audit di Kuala Lumpur, menghubungi saya mengenai “Cuti Ehsan“. Kisah dia begini:

  • Saya apply cuti dari boss saya untuk balik ke Kuala Terengganu ziarah ayah saya yang masuk hospital kerana stroke. Boss saya beritahu,  “Awak pekerja baru, awak belum ada Cuti Tahun, tapi company beri Compassionate  Leave dua hari. Kalau awak cuti lebih dari dua hari, gaji awak akan dipotong.” Benarkah saya hanya boleh bercuti selama  dua hari, selebihnya dipotong gaji?  Kawan saya kata, kalau syarikat dia, dia akan dapat tiga hari. Kenapa syarikat saya dua hari, syarikat kawan saya tiga hari?

Cuti Ehsan (dalam Bahasa Inggeris dipanggil “Compassionate Leave“), adalah sejenis cuti yang diperuntukkan oleh majikan/syarikat bagi kes-kes yang berkaitan dengan sesuatu yang “sedih” dari segi emosinya. Contohnya, kes ahli keluarga masuk hospital, atau berlaku kematian ke atas ahli keluarga. Dari pengalaman dan pemerhatian saya, Cuti Ehsan adalah cuti berbayar (tidak dipotong gaji) yang diberi kepada seorang pekerja untuk bilangan hari tertentu, mungkin satu hari, atau mungkin tiga hari, bagi setiap berlakunya kes, sebagai menzahirkan rasa simpati majikan/syarikat terhadap pekerjanya yang ditimpa kesedihan.

Cuti Ehsan tidak diwajibkan oleh undang-undang, dan tidak terdapat dalam Akta Kerja. Maka majikan mempunyai kuasa budi bicara sepenuhnya untuk memberi atau tidak memberi Cuti Ehsan ini kepada pekerjanya. Dan jika diberi, bilangan hari juga bergantung kepada budibicara syarikat. Ini adalah perkara umum.

Tetapi Cuti Ehsan menjadi wajib atau hak pekerja jika:

  1. diperuntukkan secara bertulis dalam Surat Lantikan atau Employment Contract antara syarikat dan pekerja; atau
  2. diperuntukkan secara bertulis dalam Company Handbook; atau
  3. ditetapkan sedemikian dalam Collective Agreement (Perjanjian Bersama) bagi syarikat yang ada kesatuan sekerja (trade union); atau
  4. tidak tertulis secara hitam-putih tetapi telah sedia menjadi amalan oleh syarikat.

Pada menjawab soalan fresh graduate tadi, saya telah maklumkan pada dia bahawa jika demikianlah amalan atau peraturan dalam syarikatnya, iaitu Cuti Ehsan dalam syarikatnya hanya selama dua hari, maka itulah perkara yang betul. Apa-apa bilangan yang dia “bercuti” selepas dua hari itu adalah cuti tidak bergaji.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s