Prospek pekerjaan Malaysia 2017 tidak memberangsangkan

Standard

Prospek pekerjaan Malaysia bagi tahun 2017 tidak memberangsangkan.

Demikian jangkaan yang dibuat oleh MEF (Malaysian Employers Federation). MEF menjangkakan lebih ramai pekerja akan dihentikan (retrenchment) kerana faktor-faktor ekonomi global dan dalaman. Kata Datuk Shamsuddin Bardan, pengarah eksekutif MEF, hampir 32,000 pekerja warga Malaysia telah ditamatkan perkhidmatan antara Januari hingga September tahun ini (2016). Dijangka akan berlaku lagi kes sedemikian (layoff) sehingga akhir tahun.

Tambah beliau, 44,000 orang telah hilang pekerjaan sepanjang tahun 2015. Sebanyak 22,000 dari bilangan itu datangnya dari sektor kewangan/perbankan, kerana berlaku pembaharuan dari segi teknologi. Dari sumber berita-berita lain pula, tahun depan akan menyaksikan tambahan bilangan pemberhentian kerja dalam sektor oil & gas, automotif, pembinaan (construction), dan insuran.

Kita suka menasihatkan mereka yang masih mempunyai pekerjaan supaya bekerja dengan sikap positif: sikap yang lebih baik, lebih efektif, lebih berdisiplin, lebih produktif. Jangan bersikap selfish (berkira). Jangan ambil sikap sambil lewa, atau sikap berpuashati, atau – lebih teruk lagi –sikap malas dan tidak mahu bekerjasama dalam pasukan. Jalankan tugas dengan menghasilkan kerja yang terbaik. Sentiasa berjimat dengan harta dan belanja syarikat.

Secara kolektif, jika seseorang pekerja tidak menjalankan tugas dengan cara yang terbaik, syarikat akan mengalami kerugian. Jika seseorang pekerja enggan bekerja secara berpasukan (satu team), aktiviti akan pincang. Yang akhirnya akan membawa kepada kerugian di pihak syarikat. Dan semua orang tahu apabila syarikat rugi, antara yang akan menerima padahnya ialah pekerja sendiri.

Sedikit nasihat kita: Hargailah kerja anda, hargailah pekerjaan anda. Tidak ramai pekerja yang berada dalam kategori “indispensable”. Dalam keadaan yang semakin mencabar, dalam situasi hidup-mati syarikat, pekerja yang tidak perform bukanlah “asset” kepada syarikat, malah akan tersenarai sebagai “beban“.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s