Lagi mengenai Gaji Minimum

Standard

Kisah mengenai keengganan (atau kegagalan) majikan membayar Gaji Minimum kepada pekerja, pada pandangan kita, tidak akan berkesudahan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib, memberitahu Dewan Rakyat (pada 27 Oktober 2016) bahawa setakat 31 Ogos lepas, 1,853 tuntutan buruh berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum telah difailkan. 549 kes selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh, manakala selebihnya masih dalam siasatan Jabatan Tenaga Kerja.

20161029_152026

“Sejumlah 112,057 majikan melaksanakan gaji minimum kepada pekerja selepas Perintah Gaji Minimum 2016 dikuatkuasakan pada 1 Julai lepas,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa mulai 1 Julai lepas.

Tahniah kepada majikan yang telah melaksanakan peruntukan undang-undang ini, membayar upah mengikut kehendak yang ditetapkan oleh undang-undang. Tuan-tuan adalah syarikat atau majikan yang perihatin, yang adil.

Tetapi kita dukacita dengan sikap majikan yang tidak bertanggungjawab. Tenaga pekerja telah diperah tetapi upah setimpal tidak mahu diberikan. Majikan boleh saja memberi apa juga alasan, 1001 sebab dan dalih, tetapi perbuatan zalim ini tidak boleh diterima atau diwajarkan sama sekali.

———————–

Kita hairan bagaimana cadangan Gaji Mimimum oleh Pakatan Harapan (melalui Bajet Alternatif mereka) mampu ditanggung oleh para majikan, terutamanya majikan kecil dan sederhana (small-medium companies). Bajet Alternatif itu menyebut kadar gaji minimum bulanan dinaikkan kepada RM1,500.00 bagi seluruh negara, di mana kos bagi kenaikan ini dibahagi antara kerajaan dan majikan. Disebut oleh Bajet itu: “sebagai contoh, seorang pekerja berpendapatan RM1,000 sebulan, kerajaan memberi subsidi RM250 dan majikan RM250”. Gaji sedia ada RM1,000, subsidi kerajaan RM250 + subsidi majikan RM250 = RM1,500.

Cadangan atau hasrat yang sangat bagus tetapi, sedangkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sekarang ini pun gagal dibayar oleh majikan, bagaimana agaknya kos tambahan sebanyak RM250 lagi mampu digalas oleh majikan. Contoh: Jika syarikat mempunyai 100 pekerja, kos tambahan ialah sebanyak RM25,000 sebulan (RM250 x 100 orang), suatu angka perbelanjaan tambahan yang bukan kecil bagi sesetengah syarikat/majikan.

——————————-

Apapun, kita sukalah memperingatkan syarikat-syarikat bahawa selain dari bertanggungjawab kepada para pemegang saham atau pemodal untuk memberi pulangan terbaik atas modal mereka, syarikat sebagai majikan juga mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang berat dan penting untuk berlaku adil kepada pekerja mereka, iaitu membayar gaji mengikut apa yang ditetapkan.

Bagi pekerja pula, nasihat kita ialah segera laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan sebarang tindakan majikan mereka yang tidak membayar gaji mengikut kadar gaji minimum yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s