Latihan Memadam Kebakaran

Standard

Jangan sekali-kali memandang remeh terhadap perlunya latihan memadam kebakaran.

Semua maklum akan kebakaran yang berlaku di Tingkat 2 sebuah blok dalam kompaun Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, yang telah mengorbankan enam nyawa, semuanya pesakit.

photo credit: Sinar Harian

photo credit: Sinar Harian

Kebakaran adalah satu insiden besa. Insiden yang mengambil walau hanya satu nyawa adalah sesuatru yang tragik.

Dalam masa kita tumpang bersedih dengan keluarga mangsa, saya ingin berkata sepatah-dua kata berkaitan dengan kebakaran. Walaupun orang mungkin berkata “pandailah bila benda dah jadi”. Tak mengapa.

Keselamatan tempat kerja:  Adalah satu tanggungjawab paling utama bagi mana-mana pemilik premis untuk menentukan kawasan atau tempat kerja para pekerjanya malah mana-mana orang yang memasuki kawasan itu sentiada berada dalam keadaan selamat.  Termasuklah tentunya fire safety. Tetapi bagaimana pemilik premis atau premis dalam kawalannya menentukan bahawa orang lain tidak ber-risiko dari segi bahaya kebakaran?

Mungkin ada caranya. Mungkin ada lebih dari satu cara. Mari kita perhati:

(1) Safety and Health Committee: Setiap tempat kerja atau syarikat diwajibkan menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK). Committee ini bertugas menyelia segala aspek mengenai keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Malangnya ramai juga pemilik premis atau CEO syarikat (terutamanya yang kecil) melihat kehendak undang-undang ini sebagai sesuatu yang menyusahkan, mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk kerja yang lebih produktif, tidak berfaedah, tidak penting. Pekerja pula menganggap mereka ditambah beban kerja tanpa menambah pendapatan mereka. Walau apa pun, JKK mestilah diperkasakan, peranannya disokong oleh semua pihak.

(2) Rondaan Cegah Kebakaran (Fire Safety Patrol): Selain dari mesyuarat-mesyuarat JKK di atas, Rondaan Cegah Kebakaran (RCK) mesti dilakukan sebagai aktiviti wajib. Ia mesti dijalankan secara berkala: sebulan sekali, atau sekali dalam dua bulan. CEO, pemilik perniagaan, pemilik premis, atau pengurusan kanan mesti menjadi tonggak aktif perlaksanaan aktiviti ini. Rondaan adalah untuk mengenalpasti apa juga perkara yang berpotensi menyebabkan kebakaran atau ber-risiko terbakar.  Wayar letrik yang terbuka, pintu hadang apai yang tersekat, soket letrik yang rosak, bekas simpanan bahan mudah terbakar yang terbuka, alarm switches yang tidak berfungsi, dan entah berapa banyak lagi item yang boleh menyebabkan kebakaran dalam premis.

Kita sarankan – dengan mengambil iktibar dari kebakaran Hospital Sultanah Aminah itu – supaya kilang dan premis serta pejabat dan sebagainya lagi mesti dengan segera tanpa tangguh mengadakan satu Rondaan Cegah Kebakaran ini. Supaya dapat mengenalpasti fire hazards yang mungkin ada, tersorok di mana-mana atau tidak dipedukikan selama ini. Setelah itu melaksanakan pembaikannya. “Tapi boss, kita mana ada bajet nak buat semua tu?” Soalan yang baik tetapi kita tiada jawapan yang baik. Cuma kita mengulang semula kata-kata seorang fire safety trainer suatu waktu dulu: “Kalau berlaku kebakaran, dan seorang pekerja tuan mati, boleh agaknya tuan maklumkan kepada ibu dan bapa mangsa ‘Maaf puan, maaf tuan, kami sebenarnya tidak ada bajet untuk membuat repair yang menyebabkan anak puan dan tuan meninggal’?”

(3) Peraturan Keselamatan Kebakaran (Fire safety Rule): Kita yakin setiap syarikat atau organisasi atau premis telah sedia mempunyai peraturan ini secara bertulis. Maka pastikan setiap kehendak dalam peraturan itu dipatuhi pada setiap masa oleh semua orang. Safety Department (Safety Manager atau Safety Officer) mestilah memastikan pematuhannya oleh setiap warga (di samping pematuhan terhadap peraturan-pertauran keselamatan lainnya).

(4) Latihan Mencegah Kebakaran dan Memadam Kebakaran: Jangan diabaikan keperluan mengadakan latihan-latihan ini. Jangan anggap latihan sedemikian membazir masa, menghabiskan wang. Jika berlaku kebakaran, latihan-latihan ini mampu menyelamatkan nyawa dan hartabenda serta wang. Maka jalankanlah aktiviti-aktiviti latihan ini.

photo credit: smkserisepangblog.blogspot.com

photo credit: smkserisepangblog.blogspot.com

Anda (CEO, pemilik perniagaan, pemilik premis) akan dapat menghargai semua ini jika berlaku kebakaran ke atas tempat tuanpuan. Pekerja yang terlatih akan mampu mencegah kebakaran di peringkat paling awal, yang bererti banyak wang dan hartabenda dapat diselamatkan. Tuanpuan mungkin bertanya “Tetapi kenapa kita yang perlu buat kerja in, bukankah kita ada Bomba?” Betullah tu, tetapi tanya Safety Officer tuanpuan, berapa jauh Balai Bomba yang terdekat? Hanya bersebelahan dengan kilang tuanpuan? Syukurlah. Tetapi jauhnya 20km dari kilang tuanpuan? Tuanpuan tidak bernasib baik. Kerana kereta bomba hanya akan tiba di premis anda mungkin setelah separuh dari bangunan atau pejabat tuanpuan telah habis terbakar.

Rumusan: Segerakanlah membuat perancangan untuk latihan memadam api, fire drills, dan Fire Safety Patrol di premis tuanpuan. Dan laksanakanlah semua plan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s