Cadangan penjualan aset Edra Global Energy

Standard

Di manakah pertimbangan waras Suruhanjaya Tenaga apabila ia memutuskan untuk memberi kebenaran khas kepada Edra Glo­bal Energy, syarikat milik 1MDB, menjual sehingga 100% ekuitinya kepada pelabur asing?

Banyak pihak terkejut, bimbang, mengkritik dan menentang kelulusan istimewa yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada 1MDB itu. Ini adalah kerana aset jana kuasa merupakan aset strategik negara. Jika terlepas ke tangan pemilik asing kelak, tidakkah nantinya ia akan menjadi ancaman kepada keupayaan dan keselamatan negara?

Dan bagaimana pula dengan impak ke atas perniagaan dan industri jana tenaga dalam negara akhirnya? Apa akan terjadi kepada industri sokongan milik tempatan, apakah mereka akan terus diberi peluang untuk menyertai perniagaan sokongan kepada Erda? Bagaimana pula nasib ribuan para pekerja sektor tenaga dan yang berkaitan kelak?

Demikian antara persoalan yang dibangkit dan dibimbangkan oleh semua orang (kecuali Suruhanjaya Tenaga, dan Kementerian Kewangan yang mencadangkan opsyen sedemikian).

Kita sangatlah berharap Kerajaan (Kabinet) tidak akan meneruskan hasrat sedemikian, sebaliknya bersetuju dengan keputusan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang telah menolak keputusan tidak waras oleh Suruhanjaya Tenaga tersebut.

Akhir kalam, berikut adalah anggota-anggota Suruhajaya Tenaga:

  • Pengerusi – Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid
  • Ketua Pegawai Eksekutif – Datuk Ir. Ahmad Fauzi Bin Hasan
  • Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi
  • Datuk Felix Silverius Madan; Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah
  • Dato’ Dr. Nadzri bin Yahaya; Timbalan KSU (Tenaga dan Teknologi Hijau), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hj Hashim; pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan di Petronas; antara keterlibatan beliau sekarang: Presiden, Malaysian Gas Association; Chairman, Engineering Accreditation Council
  • Ir. Dr. Philip Tan Chee Lin; berpengalaman luas dalam sektor industri tenaga selama lebih 40 tahun; pernah berkhidmat dengan TNB sehingga bersara; pernah berkhidmat dengan  Genting Sanyen Power (sebuah IPP) sebagai Executive Vice President
  • Dato’ M. Ramachelvam; Senior Partner firma guaman Tetuan Rama-Rozi & Associates
  • En. Petrus Gimbad; Chartered Accountant; Partner, Ernst & Young Far East Practice sehingga bersara tahun 2009; sekarang – antara lain – menjadi ahli lembaga pengarah Sabah Development Bank, Eco Oils Group
  • Dato’ Dr. Rosli Mohamed; PTD berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dengan jawatan terakhir sebagai KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s