Peratusan wanita di peringkat pengurusan atasan

Standard

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu dasar, “Dasar Sekurang-kurangnya 30% Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat”. Dasar ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Jun 2011.

Namun setakat ini pencapaian sasaran 30% itu masih jauh dari matlamat. Sehingga Disember 2014, pencapaian ke arah sasaran itu hanyalah 16% (data Suruhanjaya Syarikat Malaysia) – 3,513 orang wanita daripada keseluruhan ahli lembaga pengarah yang berjumlah 21,948 orang di syarikat awam (listed dan non-listed public companies).

gambar hiasan: Lembaga Pengarah TNB

gambar hiasan: Lembaga Pengarah TNB

Dalam satu ucapan beliau, Tan Sri Zarinah Anwar (Pengerusi Malaysia Debt Ventures Bhd.) berkata “ketika ini syarikat milik kerajaan (GLC) telah mencapai 16.9% penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan atasan….dalam syarikat tersenarai (PLC) lebih rendah iaitu 10.3%“.

Lembaga Pengarah SP Setia Bhd

Lembaga Pengarah SP Setia Bhd

Tan Sri Zarinah menyarankan agar “semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan kerana ia bukan soal wanita tapi adalah soal perniagaan“. Beliau berharap pelancaran “Kelab 30 Peratus Malaysia” oleh Perdana Menteri pada bulan Mei lalu dapat meningkatkan lagi usaha tersebut.

Masih banyak pemilik majoriti syarikat PLC atau lembaga pengarah yang keberatan untuk melantik wanita ke pepringkat pengurusan tertinggi, ke peringkat lembaga pengarah. Ada yang mungkin mempunyai alasan yang benar, tapi ada yang sebenarnya diselaputi oleh pahaman lama, prejudis lama, terhadap wanita.

Kita akan terus lihat sejauh mana semua pihak benar-benar serius melaksanakan dasar 30% ini akhirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s