Penutupan kilang JVC Shah Alam

Standard

Syarikat JVC telah beroperasi di Shah Alam sejak tahun 1989. di zaman puncak dan gemilangnya, syarikat ini memberi peluang kerja kepada ribuan rakyat Malaysia (dan juga warga asing).

Namun di tahun-tahun kebelakangan ini, JVC membuat beberapa pengstrukturan operasinya bagi menghadapi saingan global dan cabaran-cabaran pasaran. Saiz operasi, produk buatannya dan saiz wargakerja semakin mengecil.

Dan akhirnya, seperti yang ramai dah tahu, semalam operasi kilang JVC di Shah Alam ditutup sepenuhnya, dengan kesemua 500 pekerjanya ditamatkan perkhidmatan dan telah diberi pampasan. Diberitakan bahawa penutupan ini dibuat kerana operasi kilang ini dipindahkan ke Thailand.

Penutupan ini bukanlah merupakan sesuatu yang mengejutkan pekerjanya kerana mereka telahpun dimaklumkan sejak beberapa bulan yang lalu mengenainya. Ramai juga dari mereka telah mendapat pekerjaan alternatif di tempat lain.

Kita doakan supaya kehidupan pekerja yang terjejas oleh penutupan ini dipermudahkan selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s