Naikkan kadar Gaji Minima kepada RM1500/bulan!

Standard

1.   Setiausaha Agung Transport Workers Union (TWU) dilaporkan oleh akhbar The Star terbitan 02hb Mac 2015 sebagai berkata bahawa kerajaan haruslah menimbangkan untuk menaikkan kadar Gaji Minima dari kadar sekarang kepada kadar baru RM1500/bulan. Kadar sekarang ialah RM900/bulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800/bulan bagi Sarawak dan Sabah.

2.   Tan Sri Zainal Rampak berkata kadar sekarang tidak lagi mencukupi berbanding dengan kos sara hidup semasa yang tinggi. Beliau berkata kadar RM900 itu adalah idea beliau dalam tahun 2002, satu kadar yang sesuai ketika itu tetapi bukan lagi sekarang.

3.   Turut disentuh oleh Tan Sri Zainal Rampak ialah betapa “kira-kira 40% dari majikan masih tidak melaksanakan kadar Gaji Minima RM900″. Beliau menyeru kerajaan bertindak tegas ke atas majikan seumpama itu.

4.   Kita pasti pihak majikan, melalui Malaysian Employers Federation (MEF), akan mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju mereka terhadap saranan Zainal Rampak itu supaya dinaikkan kadar Gaji Minima itu.

5.   Apa pula pendapat anda, sebagai majikan atau sebagai pekerja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s