Utamakan Keselamatan! (Safety First!)

Standard

Salam sejahtera kepada para majikan, para warga kerja. Kali ini kita sentuh sekali lagi satu perkara yang sangat penting, iaitu mengenai keselamatan di tempat kerja.

Tanggungjawab majikan ialah menyediakan satu ruang kerja yang selamat dan sihat kepada pekerjanya. Maka majikan mesti pastikan agar mesin dan jentera, alat kelengkapan, tempat kerja, keadaan persekitaran kerja, pekerja, pengendali jentera, bahan mentah dan lain-lain adalah selamat dari sebarang bahaya ke atas diri pekerja dan sebarang orang lain yang berada di tempat kerja itu. Selamat dari sebarang kemalangan, selamat dari bahaya kesihatan, selamat kepada alam sekitar dan masyarakat di sekeliling tempat kerja itu. Majikan mesti mematuhi peruntukan undang-undang dalam kaitan ini, dan memantau serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan terhadap warga kerjanya.

Tanggungjawab warga kerja pula ialah mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh majikan. Selain dari itu warga kerja juga mesti mengamalkan sikap kerja yang baik, cermat dan berhemat menjaga keselamatan dirinya dan juga diri orang lain yang berhampiran.

http://www.dosh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1529:pupuk-budaya-selamat-sihat-utusan-online&catid=150:keratan-akhbar&Itemid=259&lang=ms

Amalan baik bekerja secara selamat boleh memberi banyak faedah kepada warga kerja itu sendiri. Paling jelas ialah mengelakkan kecederaan ke atas dirinya, dan lebih penting, mengelakkan kemalangan maut ke atas dirinya. Sering dikatakan bahawa kita bukan saja bekerja secara selamat untuk kebahagiaan diri kita sendiri tetapi juga untuk kebahagiaan orang-orang yang kita sayang: isteri, suami, anak-anak, ibu dan bapa kita. Kerana jika kita ditimpa kemalangan, individu-individu itulah yang akan turut menderita.

Mari kita tunjukkan, sebagai contoh, tiga kes kemalangan maut di tempat kerja:

  • 25-05-2014 —  Pekerja dilanggar oleh backhoe (Kilang, Johor) — Dilanggar oleh backhoe yang berundur —  Punca: Pemandu backhoe tidak pernah jalani latihan memandu backhoe; Backhoe tidak dipasang alarm undur
  • 27-06-2014 — Pekerja dihentak oleh dinding konkrit yang runtuh (Tapak bina, Johor) — Tiga pekerja ditimpa oleh dinding konkrit yang runtuh semasa mereka menjalankan kerja mengorek parit berhampiran —  Punca: Tiada peraturan kerja yang selamat
  • 22-05-2014 — Pekerja dihempap oleh forklift (Kilang, Kuala Lumpur) — Forklift terbalik dan menimpa pekerja — Punca: Pekerja tidak berkelayakan memandu forklift

Statistik dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menunjukkan bahawa dalam tahun 2014 sahaja (Januari sehingga November) berlaku 167 kemalangan maut:

  • Pengilangan: 41
  • Pembinaan: 70
  • Pertanian, Perhutanan, Perikanan: 42
  • Pengangkutan, Penyimpanan, Komunikasi: 14

Satu angka kehilangan nyawa yang bukan sedikit, penderitaan berpanjangan ke atas mereka yang ditinggalkan (isteri, suami, anak-anak, ibubapa).

Memang semua itu telah ditakdirkan tetapi kita diwajibkan supaya terlebih dahulu berikhtiar agar kemalangan-kemalangan itu dapat dielakkan, risiko kemalangan dikurangkan. Maka kedua-dua pihak – majikan dan warga kerja – wajiblah saling bekerjasama memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Latihan, aktiviti penambahbaikan, penguatkuasaan peraturan, pematuhan kepada undang-undang, keseriusan oleh majikan, dan sebagainya lagi, mesti dilakukan secara berterusan, secara sedar.

Ingatlah: sentiasa Utamakan Keselamatan! (Safety First!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s