Masih isu Gaji Minima

Standard

1.   Undang-undang mengenai Gaji Minima telah dikuatkuasakan sejak setahun lalu. Kadar gaji minimum ditetapka seperti berikut:

Semenanjung Malaysia – RM900 sebulan atau RM4.33 sejam;

Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan – RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

RM notes

2.   Bagaimanapun masih terdapat majikan yang tidak mematuhi undang-undang Gaji  Minima ini. Contohnya terdapat berita dalam akhbar beberapa hari lepas, bahawa pihak berkuasa telah mengambil tindakan ke atas majikan-majikan yang “degil” ini.

3.   Sepanjang tahun 2014, 13 majikan di Selangor telah didenda kesemuanya berjumlah RM83,600. Majikan-majikan ini telah didakwa oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor kerana gagal mematuhi “Perintah Gaji Minimum 2012”. Enam lagi majikan tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

4.   Kita sangatlah berharap semua majikan mematuhi undang-undang Gaji Minima ini tanpa lengah dan alasan. Itu adalah tanggungjawab majikan yang beretika, yang berperikemanusiaan. Tidak perlulah menunggu sehingga tertangkap, didakwa atau setelah diperintah berbuat demikian. Jika benar-benar kurang faham, segeralah bertemu pegawai Jabatan Tenaga Kerja dan minta nasihat mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s