Encik, Suami saya kawin lain…!!

Standard

1. Seorang sahabat kita, pemilik sebuah syarikat kecil & sederhana (SME) dengan 60 kakitangan dan pekerja, dan baru memulakan perniagaannya, telah bertanya: Bolehkah saya membuat potongan gaji seorang pekerja untuk dimasukkan ke dalam akaun isterinya? Beliau ditanya balik, Kenapa pula mahu berbuat begitu?

2. Pekerja syarikat sahabat kita ini rupa-rupanya telah berkahwin lagi (isteri ke-2) — di negara jiran — dan walaupun secara sulit, telah diketahui juga oleh Isterinya. Si Isteri telah datang ke syarikat sahabat kita itu, menceritakan masalah kewangan yang dihadapi (“duit susu anak kadang-kadang ada kadang-kadang tak diberi, duit sewa rumah kebanyakan bulan saya yang bayar”), dan memohon supaya RM700.00 dari gaji Suami dimasukkan ke dalam akaun beliau.

3. Macam mana, tanya sahabat kita tu, bolehkah gaji Suami dipotong, dimasukkan ke akaun Isteri seperti yang diminta oleh Isteri?

4. Bagi lelaki berugama Islam, dia boleh berkahwin lagi sorang, atau sehingga empat orang, kerana memang dibolehkan oleh Islam. Itu hak Suami; tidak dinafikanlah. Tetapi kes seperti di atas tadi itu adalah antara masalah yang sering timbul apabila Suami berkahwin lagi sedangkan Encik Suami kurang kemampuan kewangan. Sedangkan dengan isteri pertama pun (dengan seorang atau dua anak) sudah menemui kesempitan memberi nafkah makan-minum, inikan pula ditambah dengan tanggungan seorang lagi isteri, dan kemudian tambahan anak-anak. Tidak wajar menjadikan alasan “rezeki Allah yang tentukan” sebagai lesen, “Ulat dalam batu pun ada rezeki” sebagai contoh; itu semua hanyalah alasan.

5. Berbalik kepada soalan sahabat kita pemilik syarikat tadi. Kita bersimpati dengan masalah Isteri itu tetapi potongan gaji seperti yang diminta tidak boleh dibuat kerana menyalahi undang-undang. Undang-undang telah menetapkan bahawa dalam beberapa kes tertentu sahaja gaji seseorang pekerja boleh dipotong secara sah, termasuklah:

(a)Potongan untuk mengembalikan bayaran yang silap terlebih bayar oleh majikan kepada pekerja dalam masa tiga bulan sebelum kejadian berlaku;

(b)Potongan kerana notis berhenti yang diberi oleh pekerja tidak cukup tempoh;

(c)Potongan bagi membayar balik salary advance;

(d)Potongan yang diwajibkan oleh undang-undang (contoh: KWSP, Perkeso, LHDN);

(e)Potongan kerana bayaran yuran atau bayaran balik pinjaman kepada kesatuan sekerja atau koperasi;

(f)Potongan yang dipersetujui oleh pekerja dan mendapat kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Setakat yang kita tahu, belum ada lagi kes di mana Ketua Pengarah membenarkan gaji Suami dipotong dan dimasukkan ke dalam akaun isteri kerana Suami kawin lagi;

(g)Bayaran atau potongan kerana perintah Mahkamah Sivil;

(h)Potongan kerana perintah Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan nafkah ekoran dari kes perceraian.

6.  Hanya satu nasihat untuk Isteri: pergilah mengadu ke Pejabat Kadi, mungkin di sana ada penyelesaiannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s