Gaji Minima. Masih ada majikan yang gagal patuh

Standard

Masih ada majikan yang gagal mematuhi undang-undang Gaji Minima iaitu dengan tidak membayar jumlah gaji yang sepatutnya kepada pekerja mereka. Bilangan yang tidak berbuat demikian tidak banyak, tetapi masih ada. 

Kerajaan Malaysia telah menetapkan secara perundangan bahawa semua pekerja hendaklah dibayar Gaji Minima seperti berikut:

  • RM900.00 sebulan — bagi Semenanjung Malaysia
  • RM800.00 sebulan — bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan 

Kerajaan juga telah menetapkan bahawa perlaksanaan sepenuhnya Gaji Minima ini berkuatkuasa mulai 01hb Januari 2014 tanpa ada sebarang pengecualian dan penanggunhan lagi. Namun masih terdapat majikan yang gagal mematuhi undang-undang ini.

Mengikut Timbalan Setiausaha Agung MTUC Encik A. Balasubramaniam, “masih terdapat ribuan pekerja yang tidak dibayar dengan gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak”. Mac lalu Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato Seri Ismail Mutalib menyebut bahawa “kira-kira 600 aduan diterima oleh Kementerian berhubung kegagalan majikan menetapkan gaji minima RM900 sejak mula berkuatkuasa i Januari lalu”.

Kita sangatlah berharap agar majikan mematuhi undang-undang berkenaan dengan membayar gaji minima seperti yang ditetapkan itu, sementara Kerajaan pula tidak bertolak-ansur dengan sebilangan kecil majikan seperti itu. Hak pekerja hendaklah sentiasa dilunaskan dan diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat.

Jangan dibiarkan slogan “Pekerja adalah aset terpenting kami” tinggal slogan semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s