Tiada pindaan kepada bilangan Cuti Bersalin

Standard

1.  Dalam sidang Dewan Rakyat pada 6/11/2013, Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani Abdul Hamid telah meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilakah pindaan akan dibuat terhadap Akta Kerja 1955 mengenai Cuti Bersalin.

2.  Kerajaan (melalui Timbalan Menteri Sumber Manusia) menjawab bahawa belum masanya lagi peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti sekarang ini dipinda.

3.  Undang-undang mengenai Cuti Bersalin sedia ada menetapkan:

  • Cuti Bersalin ialah 60 hari
  • faedah bersalin: terpakai kepada semua pekerja wanita tanpa mengira gaji yang diterima. Dahulunya, faedah ini hanya dinikmati oleh pekerja wanita yang bergaji RM1,500 sebulan ke bawah dan pekerja manual wanita tanpa had gaji
  • definisi tempoh hamil: 28 minggu (dahulu 22 minggu)
  • kelayakan Cuti Bersalin yang dibayar elaun pula adalah terhad kepada lima orang anak
  • tiada cuti special untuk si-suami yang isterinya bersalin

4.  Kenapa tidak ditambah bilangan cuti bersalin kepada 90 hari, dan kelayakan dari lima kepada tujuh orang anak?

5.  Jawapan kerajaan (seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri) ialah pihak majikan swasta tidak bersetuju dinaikkan faedah-faedah tersebut. Terdapat satu kajian oleh persekutuan majikan iaitu Malaysian Employers Federation (MEF) bahawa jika pindaan seperti itu dibuat, ianya akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan sebanyak RM780 juta (tambahan kepada kos sekarang sebanyak RM1.5 billion).

6.  Maka, kedudukannya sekarang masih lagi seperti yang disebut dalam Para 3 di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s