Gaji Minima pegawai kerajaan peringkat tertinggi

Standard

Soal berkaitan Gaji Minima rupa-rupanya bukan berlaku di peringkat pekerja RM900 sebulan sahaja. Ianya turut berlaku di peringkat pekerja paling atas, yang gajinya puluhan ribu.

Berikutan dengan “pendedahan” oleh seorang Ahli Parlimen mengenai gaji CEO kontrak di JPM yang jauh lebih tinggi dari penjawat awam tertinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) mendesak kerajaan memberikan penjawat awam gaji yang lebih tinggi daripada pekerja kontrak jangka pendek.

Agak-agaknya berapa pula Gaji Minima untuk mereka ini ya?

Apapun, berbalik kita kepada “pendedahan” tadi.

Adalah dilaporkan bahawa YB Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, telah berkata bahawa dalam jawapan bertulis dari kerajaan terhadap Soalan Parlimennya, angka-angka penggajian berikut telah diberi:

  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia: gaji tahunan, elaun dan bonus RM830,500
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD): gaji tahunan RM480,000. Elaun tahunan RM162,000. Bonus RM60,000.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TalentCorp: gaji bulanan RM30,000, Elaun kereta RM5,000
  • seorang pengarah PEMANDU (setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam): gaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan
  • seorang Pengarah Bersekutu PEMANDU (setaraf dengan JUSA C penjawat awam): gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.
  • Jawatan Pengurus Kanan (bersamaan dengan penjawat awam Gred 54): gaji maksimum RM21,000 sebulan.

Kata YB itu lagi, “Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577.”

Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu – yang semuanya bekerja sebagai penjawat kontrak dalam sesetengah agensi tertentu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) — nampaknya menerima imbuhan (gaji, bonus dll) yang agak lumayan. Ya, agak lumayan, walaupun belum setanding dengan banyak syarikat swasta, tetapi boleh tahanlah. Not that bad.

Semoga mereka bekerja dan berkhidmat dengan penih dedikasi, demi rakyat, demi negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s