Penamatan perkhidmatan tanpa pampasan

Standard

Sesekali, keluar berita “Pekerja ditamatkan perkhidmatan tanpa pampasan”. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku, tetapi itulah hakikatnya. Masih ada majikan yang sangat kejam, menamatkan perkhidmatan pekerjanya tanpa mematuhi peruntukan undang-undang.

Pada 05/9/2013, portal peraknews.com melaporkan bahawa “30 orang kakitangan syarikat Red Omnibus Company Sdn. Bhd., Parit Buntar, Perak telah berdemo semalam membantah tindakan syarikat itu memberhentikan perkhidmatan mereka tanpa membayar sebarang pampasan”.

Syarikat mengambil langkah sedemikian disebabkan masalah kewangan yang mereka hadapi kerana beberapa laluan syarikat itu ditutup dan isu subsidi dari KerajaanNegeri dan SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat), dan kerana  tidak mampu melaksanakan skim gaji minima RM900 sebulan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baru-baru ini.

Penamatan perkhidmatan para pemandu, konduktor dan kerani itu – yang berkhidmat selama antara 8 tahun hingga 27 tahun dengan syarikat – tidak pula berserta dengan bayaran pampasan mengikut peruntukan undang-undang. Dianggarkan bahawa faedah penamatan perkhidmatan ialah antara RM3,000 hingga RM19,000 seorang, berjumlah seluruhnya sebanyak RM140,000.

Musa Abdullah, Pegawai Perhubungan Perusahaan di Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia(KPPSM), berkata Kesatuan sudah membawa kesemua bekas kakitangan syarikat bas itu ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Taiping untuk mengadukan perkara ini kelmarin.

Demikianlah yang terjadi ke atas “aset paling berharga bagi sesebuah organisasi” di sebuah syarikat.

——————

Gambar di atas adalah hiasan sahaja, yang di ambil dari:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s