Operasi 6P Bersepadu di bawah pimpinan Jabatan Imigresen

Standard

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Operasi 6P Bersepadu bertujuan untuk mensifarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Operasi bermula dari 01hb September hingga hujung tahun ini disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) diketuai oleh Jabatan Imigresen melibatkan seramai 135,000 orang.

Berapa ramai PATI dalam negara sekarang? Tiada angka rasmi — sudah tentulah tiada angka rasmi, sebab PATI itu sendiri “haram”, tidak berdaftar. Tetapi angka-angka tidak rasmi memberi anggaran bilangan PATI antara 400,000 hingga 1,500,000 orang, malah ada yang menyebut angka 2,000,000 .

Apapun, Ops 6P bersepadu ini telah mula menampakkan kesannya.

Majikan dalam bidang pembinaan (construction), ladang/pertanian, restoran/kedai makan mula merasai kesannya, kerana pekerja mereka (yang tanpa permit sah) telah menghilangkan diri atau ada yang ditahan oleh pihak berkuasa. Ada kontraktor yang berkata “mustahil kami dapat siapkan projek dalam jangkwaktu yang telah ditetapkan kerana pekerja kami telah lari”.

Dengar kabarnya ladang sayur di Cameron Highlands sedang terasa bahang operasi ini kerana telah ada pekerja haram yang lari entah ke mana. Pemandu teksi juga mula komplen: Merosot betul pendapatan saya sebab pekerja asing telah hilang sedangkan dulunya merekalah merupakan pelanggan paling ramai.


Kedai tomyam pun sedang dan akan terjejas operasinya kerana tukang masak dari Thailand yang tanpa permit ada yang telah balik negeri tergesa-gesa.

Dan itu baru dalam Minggu Ke-Dua Operasi 6P bersepadu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s