Seorang CEO juga boleh ditamatkan perkhidmatan

Standard

Berita mengenai seorang wargakerja syarikat bertaraf CEO ditamatkan kerja kerana sebab-sebab disiplin bukanlah sesuatu yang kerap kita dengar atau baca. Selalunya kes pemecatan kerja atas alasan sedemikian ialah mereka yang di bawah kategori pekerja, eksekutif, atau pengurus.

Oleh itu apabila keluar berita bahawa seorang CEO dibuang kerja atas sebab-sebab disiplin, saya ingin berkongsi ceritanya dengan anda di sini. Setidak-tidaknya,

  • untuk “Pekerja”, anda dapatlah mendengar kes seorang di tahap CEO juga kena pecat
  • untuk “management”, anda tahu bahawa seseorang bertaraf CEO juga boleh diambil tindakan dipecat dari jawatan atas alasan disiplin (tata tertib)

Dan beritanya ialah seperti yang didapati dari akhbar Sun Daily, iaitu:

  • PETALING JAYA (Sept 2, 2013): U Mobile Sdn Bhd…the mobile phone service provider said on Saturday that it has terminated its CEO Jaffa Sany Md Ariffin and he ceased to be an employee of the company with immediate effect, citing “disciplinary action“… http://www.thesundaily.my/news/818636 (syarikat U Mobile telah memecat CEOnya Jaffa Sany Md. Ariffin dan berkuatkuasa serta merta beliau juga bukan lagi seorang pekerja syarikat itu, dengan alasan “tindakan dsiplin“)

Syarikat itu tidak memberi butiran lanjut apakah jenis tindakan disiplin itu, mengapa dan sebagainya, namun cukuplah sekadar pengumuman seperti itu untuk pengetahuan umum. Bagi kita yang membacanya, kita bolehlah membuat rumusan sendiri, tidak dipecat seseorang CEO kecuali mestilah disebabkan oleh sesuatu yang serius: bukan sekadar kerana tidak hadir dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, atau kerana tidur dalam waktu menjalankan tugas.

Akhir sekali, ingin disebut bahawa seseorang CEO memang boleh dipecat seperti mana seseorang operator mesin boleh dipecat kerana di bawah undang-undang, CEO itu, seperti juga operator mesin itu, adalah seorang “workman“. Maka apabila dipecat dari jawatannya, CEO itu juga mempunyai hak merayu supaya jawatannya dipulihkan atau dikembalikan (reinstatement) atas alasan pemecatan tidak adil atau pemecatan yang salah di bawah peruntukan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan — ya, sama seperti mana-mana pekerja lain yang dipecat.

———

nota: artikel ini mulanya telah keluar dalam versi Bahasa Inggeris dalam blog ini juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s