Minimum Wage & Minimum Retirement Age

Standard

1.   Banyak pihak, terutamanya pekerja dan kesatuan sekerja (trade unions), tentunya berasa lega dengan kenyataan terakhir oleh Menteri Sumber Manusia beberapa hari lalu bahawa kerajaan tidak akan memberi penangguhan lagi kepada mana-mana syarikat/majikan dalam hal perlaksanaan akta Minimum Wage dan Minimum Retirement Age.

2.   Seperti yang sedia diketahui, selepas akta-akta itu diwartakan, 400 syarikat makro (enam orang pekerja atau lebih) termasuk pemilik hotel dan penyedia perkhidmatan keselamatan telah diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Disember tahun ini, dan 258 majikan diberi kebenaran menangguhkan perlaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun melibatkan 1,628 pekerja. Keputusan kerajaan ini telah ditentang keras oleh MTUC kerana mereka berpendapat tidak ada asas kenapa harus diberi penangguhan sedemikian.

3.   Kembali kepada kenyataan terbaru menteri, media melaporkan bahawa Datuk Richard Riot berkata bahawa Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan sebarang permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum atau had umur persaraan pada 60 tahun apabila peraturan itu dikuatkuasa sepenuhnya pada 01 Januari 2014.  Perdana Menteri sendiri, kata beliau lagi, mahukan yang demikian “tanpa ada sebarang pertikaian daripada mana-mana pihak”.

4.   Sangatlah penting bagi setiap syarikat/majikan yang belum melaksanakan undang-undang dan peraturan berkenaan membuat segala perubahan dan persediaan secukupnya untuk pematuhannya (legal compliance).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s