Pekerja boleh dipecat jika sengaja enggan rakamkan kehadiran

Standard

Assalamu’alaikum. Salam sejahtera. Selamat pagi.

Anda telah berada di meja kerja anda? Bagus. Anda telah merakamkan kedatngan anda, atau merekodkannya menggunakan apa cara yang tempat kerja anda gunakan? Bagus. Jika belum kerana terlupa, sila perbetulkan keadaan.

Sebab, suatu waktu dalam Tahun 2000 yang lalu, seorang “Penolong Pengurus Cawangan” sebuah syarikat telah dihadapkan ke satu Perbicaraan Dalaman (Domestic Inquiry) atas lima pertuduhan kerana salah laku, dan telah didapati bersalah atas tiga darinya. Tiga pertuduhan itu ialah:

  1. enggan merakamkan kehadiran hariannya melalui sistem maklumat kehadiran syarikat
  2. membaca suratkabar dalam waktu bekerja
  3. salahguna kedudukan dan jawatan dengan mengarahkan staf bawahannya melakukan kerja-kerja peribadi yang bukan berkaitan dengan kerja atau urusan syarikat
gambar hiasan

gambar hiasan

Tindakan yang dikenakan:  “Kenaikan Tahunan anda digantung selama satu tahun, dan ditukar dari jabatan sekarang ke jabatan lain“.

Beliau — kita panggil beliau “Encik P”–  tidak begitu gembira dengan keputusan dan tindakan ini, telah memberi katadua kepada syarikat: “Tiada bukti yang mencukupi untuk mensabitkan kesalahan saya atas setiap pertuduhan (dll dll)…Tindakan menggantung Kenaikan Tahunan saya telah melanggar terma kontrak perkhidmatan saya dengan syarikat…jika tindakan itu tidak ditarik balik esok, saya akan anggap saya telah ditamatkan perkhidmatan secara Constructive Dismissal.

Syarikat tidak mengendahkan katadua Encik P, dan dimudahkan cerita, Encik P kemudiannya telah membawa kes ini kepada

  • Jabatan Perhubungan Perusahaan (IRD), yang mendapati ada merit untuk merujuk kes ini kepada Mahkamah Perusahaan, seterusnya
  • setelah dibicara dalam Tahun 2003, Mahkamah Perusahaan (Industrial Court) melalui keputusannya dalam Tahun 2006 mendapati tindakan syarikat adalah betul, dan tidak berlaku Constructive Dismissal, menyebabkan
  • Encik P merayu ke Mahakamah Tinggi untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Perusahaan itu tetapi Mahkamah Tinggi mendapati keputusan Mahkamah Perusahaan itu memang betul. Seterusnya Encik P merayu pula, dalam tahun 2010, ke mahkamah yang lebih tinggi, iaitu
  • Mahkamah Rayuan. Melalui keputusannya bertarikh bulan Disember 2012, juga tidak memihak kepada Encik P.

Ertinya Encik P gagal dalam tuntutannya di bawah alasan Constructive Dismissal, kerana tindakan syarikat ke atas beliau telah diputuskan sebagai betul.

Mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari kes ini:

  • Tidak semua syarikat meletakkan rakaman kedatangan sebagai satu dosa yang besar. Tetapi jika anda bekerja dengan syarikat yang meletakkan attendance dan punctuality di puncak segala puncak (kerja tidak elok tak mengapa, itu boleh diajar; yang lebih penting ialah datang kerja tepat pada waktunya), syarikat itu meletakkan kegagalan secara sengaja merakamkan kedatangan sebagai satu salah laku serius
  • Constructive Dismissal bukanlah sesuatu yang senang untuk dibuktikan dalam mahkamah.  Tahap bukti yang diperlukan sangat tinggi, dan fakta yang diperlukan mesti kukuh, walaupun secara kasarnya, pekerja akan menganggap Constructive Dismissal telah berlaku “apabila berlakunya perlanggaran terma kontrak perkhidmatan yang merupakan tunjang kepada kontrak itu sendiri”
  • Di bawah sistem yang ada sekarang, proses merayu kembali jawatan (reinstatement) setelah berlaku penamatan kerja atau pemecatan mengambil masa yang sangat lama. Syarikat, dengan segala sumber kewangan dan tenaga yang ada padanya memiliki segala advantage tetapi tidak demikian halnya bagi seseorang pekerja. Sudah tentu ini tidak berlaku adil kepada pekerja  — bagi kes di atas, Encik P menunggu selama 12 tahun (Tahun 2000 hingga 2012) untuk mengetahui sama ada keputusan memihak kepadanya atau tidak.

Walau apapun, sama ada sistem perundangan kita lambat atau cepat, adil atau tidak adil, itu merupakan isu-isu lain. Yang kita ingin tekankan di sini ialah bahawa seseorang warga kerja:

  • haruslah sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupannya sebagai pekerja sesebuah organisasi.
  • paling utama dan penting ialah pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang ada. Jika syarikat menyebut “membaca surat kabar dalam waktu kerja adalah menyalahi peraturan syarikat”, maka salahlah perbuatan itu (nampak kurang logik, tetapi itulah hakikatnya).
  • Baik atau buruknya peraturan itu mungkin boleh dipertikai. Jika difikirkan tidak baik, perlulah dirunding supaya peraturan yang tidak baik (atau tidak logik) itu dimansuhkan dan diganti dengan peraturan yang lebih baik.

Selamat bertugas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s