Gaji Minima yang diaktakan (Minimum Wage by law)

Standard

Minimum Wage di Malaysia

Sehingga bulan Disember 2012, pada umumnya sektor swasta Malaysia tidak mempunyai suatu kadar Gaji Minima tertentu. Masing-masing majikan menetapkan kadar Minimum Wage mengikut keputusan masing-masing. Di mana ada kesatuan sekerja (trade union), Gaji Minima ditetapkan dengan persetujuan kedua pihak melalui Rundingan Bersama (Collective Agreement).

Tetapi mulai 01hb Januari 2013, kerajaan telah memperundangkan kadar Gaji Minima bagi sektor swasta. Di bawah Minimum Wage Act ini, kadar Gaji Minima telah ditetapkan sebanyak RM900/bulan bagi Semenanjung Malaysia (RM4.33 sejam), dan RM800/bulan (RM3.85 sejam) bagi Sarawak, Sabah, dan Labuan.

Gaji minima malaysia

Gaji Minima ini terpakai bagi semua pekerja sektor swasta, warganegara dan warga asing. Pekerja di sektor perkhidmatan domestik, iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya, tidak diliputi oleh undang-undang ini.

Minimum Wage negara lain

Sekadar perbandingan sepintas lalu, mari kita lihat Gaji Minima di beberapa negara lain:

Bangladesh: 1,500 Taka (USD19/sebulan) bagi kebanyakan sektor. Bagi sektor tekstil, 3,000 Taka (USD37/bulan).

India: Berlainan antara negeri. Rupee118/hari (USD2.18) di Bihar hingga Rupee185/hari (USD3.40) di Haryana. Bagi sektor pertanian, setiap negeri menetapkan Gaji Minima masing-masing. 

Indonesia: Gaji Minima ditetapkan mengikut provinsi/wilayah dan sektor ekonomi. Paling rendah — Jawa Tengah, Rupiah686,925/bulan. Paling tinggi —  kawasan Jakarta, Rupiah2,244,600/bulan.

Indo worker

Filipina: Berbeda mengikut wilayah dan sektor ekonomi. Dari sebanyak Pesos205/hari (USD4.85) bagi sektor pertanian bukan ladang di Wilayah Ilocos, hingga sebanyak Peso456/hari (USD10.80) bagi sektor bukan pertanian di Wilayah Ibu Negara Kebangsaan.

Nepal:  Rupee6.200/sebulan (USD71) untuk pekerja tidak mahir, Rupees12,000/sebulan untuk separuh mahir, Rupees14,500/bulan bagi pekerja mahir, dan Rupees18,000/bulan atau ;ebih bagi pekerja kemahiran tinggi.

China:  Kadar Minimum Wage ditetapkan mengikut kesesuaian setempat. Dari RMB870/bulan (USD138) bagi Wilayah Jiangxi hingga RMB1,500 (USD238) bagi Wilayah Shenzhen dan Guangdong.

China worker

United Kingdom:  Bagi pekerja berumur 21 atau lebih, GBP6.19/jam (USD9.83); GBP4.98/jam (USD7.90) bagi yang berumur 18-20. Yang berumur bawah 18 dan telah tamat persekolahan, GBP3,68/jam (USD5.84).

USA:  Gaji Minima Persekutuan ialah USD7.25/jam. Setiap negeri boleh menetapkan Gaji Minimanya sendiri. Bila ini berlaku, Gaji Minima yang lebih tinggi adalah terpakai.

Myanmar:  Belum ada undang-undang mengenai Gaji Minima. Bagi sektor kerajaan, gaji paling rendah ialah Kyat15,000/bulan (USD110). Dari apa yang diperhatikan, gaji paling rendah seorang pekerja buruh ialah Kyat2,000/hari (USD4.44), dan kemudian ditokok oleh pelbagai subsidi dan elaun sara hidup oleh kerajaan.

New Zealand:  NZ$13.75/jam untuk pekerja berumur 18 tahun atau lebih; NZ$11/jam bagi yang berumur 16 atau 17 atau dalam latihan.

Australia:  Gaji Minima ialah A$16.37/jam, A$622.2/minggu bagi pekerja yang tidak diliputi oleh perjanjian antara kesatuan sekerja dan majikan. Biasanya kebanyakan pekerja telah sedia mempunyai Gaji Minima mengikut perjanjian dengan majikan masing-masing, yang sudah tentu lebih tinggi kadarnya.

Kampuchea:  Belum mempunyai akta Gaji Minima. Untuk sektor pakaian/tekstil, Gaji Minima ialah USD75/bulan, dan USD5.00/bulan bayaran perubatan.

Vietnam:  Ditetapkan mengikut wilayah bandar dan luar bandar. VND1.78juta/bulan (USD85) hingga VND2juta/bulan (USD95) bagi kawasan bandar, VND1.4juta/bulan (USD67) hingga VND1.55juta/bulan (USD74) di kawasan luar bandar bagi pekerja tidak mahir. Bagi sektor kerajaan, VND830,000/bulan (USD39.50) ke VND1.05juta/bulan (USD50).

viet worker

Thailand:  Sedari Baht300/hari, mengikut wilayah ke wilayah.

Di atas hanyalah angka-angka Gaji Minima, dan tidak menunjukkan kos sara hidup. Tidak juga menunjukkan apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak yang diterima itu. Sudah tentulah setiap pekerja dalam setiap negara berbeda daya-belinya kerana, sebagai misalan, satu kilo tepung di Malaysia lain harganya dengan satu kilo tepung di India.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s