Anda boleh hilang kerja kerana komen di facebook?

Standard

Bolehkah anda sebagai seseorang pekerja —  “pekerja”: CEO atau pemandu, pengurus atau kerani, operator mesin atau technician, yang makan gaji dalam syarikat — hilang kerja atau dikenakan tindakan disiplin kerana komen atau update status di facebook?

Maksud “komen negatif” ini termasuklah sebarang komen sama ada secara direct atau tidak direct yang kesannya boleh mengakibatkan kerugian kepada syarikat, atau menjatuhkan atau mencemar imej/maruah syarikat, atau maruah orang atasan, orang bawahan, rakan sekerja, pihak ketiga (customer, supplier dsb), membocor rahsia, fitnah atau ugutan, dan seupamanya.

  1. Bos aku dapat promotn ganti tmpt boss ko. Tak taulah boss ko kena transfer ke mana. Org lain blom tau ni. Tunggulah memo minggu depan
  2. Budak Sales ni mmg kaldai, asyik buat silap je, kita di Akaun jugak yg dok kena bantai dgn customer. Bos Sales ni kaldai gak kot?
  3. Dh dia ngam pandai bodek big boss, x buat kerja pun bonus mcm gunung gak. Redho je lah!
  4. Tensyen aku Siti oiii…hari2 dapat customer hodoh2 je kat counter aku ni. Yg macho mcm Aaron Aziz mana gi?

Katakanlah komen-komen sebegitu yang kita pos di facebook kita atau Wall kawan, boleh atau tidak boleh majikan kita ambil tindakan ke atas kita? Atau, dalam kes No.2 di atas, andalah sebenarnya Si Kaldai itu, bolehkah kita laporkan kepada majikan kita untuk diambil apa-apa tindakan?

Setakat yang Admin tau, belum ada lagi kes di Malaysia di mana seorang pekerja menghadapi tindakan disiplin sehingga ke peringkat di buang kerja, iaitu ditamatkan perkhidmatan, atas alasan membuat komen yang negatif di facebook. Kalau ada pun, mungkin hanya setakat kes dalaman sahaja, tidak sampai – belum lagi – ke peringkat Mahkamah Perusahaan (Industrial Court).

Tetapi telah ada kes-kes di luar negara di mana pekerja telah kehilangan kerja kerana komen negatif di facebook atau social media yang lain. Antaranya:

  • Sebuah syarikat penerbangan low-cost di britain telah memecat 13 orang kakitangannya kerana membuat komen menghina pelanggannya, mengkritik hal safety standards syarikat itu, dan menulis “ada lipas dalam kapalterbang” di laman facebook
  • Seorang pekerja di Britain diberhentikan kerja kerana sering membuat komen di facebook yang dia merasa teramat boring di tempat kerja. Lebihkurang “Boring giler!! Hari-hari ini je yang aku buat -tebuk lubang kat kertas dan scan!”
  • “Gaji CEO aku 50,000 satu jam; aku ni tak sampai pun 2 ribu. Sungguh adil!!” Begitu lebihkurang komen di facebook yang dibuat oleh seorang pekerja bahagian sumber manusia di sebuah bank di luar negara. Akhir cerita: dia ditamatkan kerja.
  • Satu kes di US, seorang pekerja ditamatkan kerja kerana komennya bersifat engkar atau melawan kuasa atasan. Dia membuat komen di facebook yang mengecam ketuanya, memanggil ketuanya itu sebagai “alat pengurusan” kerana ketuanya itu hanya menurut sahaja arahan pengurusan yang tidak membenarkan pekerjanya membuat overtime.

Memang, apabila seseorang pekerja itu ditamatkan perkhidmatannya atas alasan membuat komen-komen negatif di facebook atau di laman social media lain, pekerja itu boleh mengadu ke Pejabat Perhubungan Perusahaan (IRD), membuat laporan yang dia telah dipecat tanpa alasan munasabah, dan mohon diambil kerja semula. Tetapi hakikatnya ialah dia telah dibuang kerja, dan proses rayuan ini akan mengambil masa (dalam beberapa kes di atas pun, pekerja membuat rayuan atau mengambil tindakan undang-undang dan ada yang menang).

Maka sebelum perkara seperti itu terjadi, dan dia menerima tindakan pemecatan, nasihat Admin dalam perkara ini, antara lain, ialah,

  • pekerja hendaklah sentiasa berhati-hati bila membuat komen di facebook, twitter dan apa-apa social media yang lain mengenai kerja dan persekitaran kerjanya
  • facebook, tweeter dan lain-lain social media bukan tempat meluahkan emosi negatif mengenai tempat kerja
  • jadilah pekerja yang bertanggungjawab, tahu mengawal diri dan perasaan
  • pekerja mestilah segera delete sebarang komen negatif sebaik kembali sedar, atau setelah diminta atau diarah berbuat demikian
  • jangan ulang perbuatan sedemikian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s