Kemalangan tempat kerja (workplace accidents)

Standard

473 kes maut, 14,946 kes cedera. Jumlah: 15,419 kes. Kemalangan tempat kerja sektor binaan. Bilangan kes itu adalah bagi jangka masa lima tahun yang lepas.

Utamakan Keselamatan

Utamakan Keselamatan

Angka ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Ismail Muttalib, dalam Dewan Negara pada 24/7/2013 sebagai jawapan kepada pertanyaan Senator Dato’ Jaspal Singh.

473 kes yang melibatkan kematian itu ialah:  Tahun 2009, 119 kes, Tahun 2010, 115 kes; Tahun 2011, 149 kes; Tahun 2012, 73 kes. Sementara bagi tahun ini (2013), sebanyak 17 kes (sehingga Mac).

Datuk Ismail juga menyatakan bahawa jumlah kematian akibat kemalangan di tempat kerja dalam semua sektor bagi tempoh Januari 2012 hingga Mac 2013 ialah:

  • 2012: 582 kes
  • 2013 (hingga Mac): 82
  • Jumlah: 664 kes maut
  • sektor tertinggi: pembuatan, dan pembinaan.
  • Jumlah kemalangan keseluruhan: 49,883 kes.

Sama ada hanya satu kes atau 100 kes maut, yang paling penting diingat ialah nyawa telah melayang. Satu keluarga telah kehilangan punca mencari rezeki. Isteri telah kehilangan suami, anak telah menjadi yatim. Bapa telah hilang anak.

Sebenarnya negara telah sedia mempunyai undang-undang dan peraturan yang mencukupi bagi menentukan supaya risiko kemalangan di minimakan. Namun yang tidak cukup, malah sering diabaikan sebenarnya ialah, di tahap majikan/syarikat dan pekerja sendiri.

  • Majikan/syarikat sengaja tidak mengikut kehendak dan peraturan leselamatan atas pelbagai sebab dan alasan: sebab-sebab kos, kurang kakitangan untuk mengawal dan melaksanakan; tiada daya melaksanakan; memandang enteng terhadap undang-undang atau jabatan kerjaan yang berkenaan
  • Pekerja yang sengaja memandang remeh terhadap cara kerja yang selamat, enggan mengikut kehendak peraturan keselamatan, mematuhi hanya bila dipantau atau diarah, dan pelbagai alasan lain.

Dalam hal ini, seharusnya syarikat/majikan dan pekerja – dan kesatuan sekerja, jika ada – hendaklah memainkan peranan masing-masing ke arah mengurangkan dan seterusnya mensifarkan risiko kemalangan. Latihan, makluman, pemantauan, penguatkuasaan dalaman, pematuhan, galakan dan kesedaran sangat penting dalam menjayakan suasana tempat kerja yang selamat.

Sekadar meletakkan papantanda “Utamakan Keselamatan” (Safety First) di tempat kerja adalah jauh dari memadai. Ianya hendaklah diamalkan dan dibudayakan oleh semua peringkat warga kerja dari CEO sehingga ke pringkat paling bawah.

Utamakan Keselamatan!

———-

rujukan: Hansard Dewan Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s