Keluhan seorang majikan

Standard

Dulu saya tetapkan, waktu masuk pejabat ialah 8.00 pagi. Dari 15 orang staff (total workforce), adalah hari-hari 4-5 orang yg masuk lambat setiap hari. Traffic jam, hujan, motor pancet, hantar anak, hantar isteri, kereta rosak. Nak atasi masalah ni (cara paling mudah), saya ubah: waktu masuk pejabat 8.30 pagi.

Ramai staff yang sangat suka. Tapi, hari-hari tetap ada 4-5 orang masuk lambat.

Dalam staff meeting (saya tak attend), HR Manager sebut dan tegur, ini masalah disiplin, perlu diatasi. Response: kami masuk lambat sikit kena sound, kami balik lambat kerana kerja, habiskan tender, prepare report mesyuarat dll macam mana? Staff yang exec dan manager selalu balik lambat, ada elaun atau apa-apa?

Topik pasal lewat masuk pejabat, jawapannya pasal elaun pulak.

Minggu lepas, saya, COO dan HR Manager berbincang. Kami bertiga capai keputusan: Waktu Masuk akan diubah mulai 01hb bulan depan. Waktu Kerja Anjal. Masuk 8.00pagi, balik 5.00ptg; 8.30pagi, balik 5.30ptg; 9.00pagi, 6.00ptg.

Pasal elaun atau apa-apa untuk staff exec dan manager kerja lebih masa, kami akan bincang lagi. Nak survey apa syarikat lain buat.

But first, nak tengok macam mana berkesannya waktu anjal tu nanti.

2 thoughts on “Keluhan seorang majikan

  1. Ramai majikan samada terlepas pandang atau buat tak tahu.

    Tak kira peringkat bawahan (clerical) atau eksekutif atau pengurusan, ramai yang bekerja lebih masa untuk majikan dan syarikat. Ada yang mengorbankan masa santai dan masa berkeluarga kerana kerja di pejabat. Walhal elaun, imbuhan dan bonus tak banyak mana pun. Majikan puji mereka ini sebagai pekerja contoh dan dedikasi.

    Ada sesetengah majikan tu bagi cuti tahunan, tapi bila di mohon cuti – susah betul nak luluskan cuti. Kononnya kerja banyak tak siap lagi, tak ada staf pengganti dsb.

    Tetapi andainya kedatangan staf lewat tak sampai berapa minit seperti statistik dari jabatan sumber manusia, terus mereka ini di cop sebagai pekerja bermasalah / tidak berdisiplin.

    Malangnya budaya masyarakat di Asia kurang membantah, tambahan pula kesatuan pekerja pun tak agresif sebab makan gaji. Oleh yang demikian, ramai majikan yang ambil kesempatan ini.

    Di Eropah, kesatuan pekerja mereka adalah sangat vokal dan agresif. Majikan tidak berani mengambil kesempatan melainkan dengan saluran undang undang.

    Menurut kenalan Eropah saya suatu waktu dulu, pekerja pengurusan di beri imbuhan setimpal untuk kerja lebih masa dan pekerja bawahan wajib di bayar gaji lebih masa jika mereka bekerja lebih masa. Jika tidak, pekerja berhak untuk pulang dan tidak bekerja lebih masa. Majikan tidak boleh paksa dan buang pekerja ini. Apa apa kerja yang tidak dapat di selesaikan akan di sambung pada hari bekerja berikutnya. Mereka ini tidak ada alasan untuk datang lambat ke pejabat kerana keadilan yang telah di persetujui bersama.

    Majikan di Malaysia, usah mengeluh panjang kerana anda sebenarnya dah meraih lebih daripada apa yang anda bayar pada pekerja Malaysia kerana sikap kami pekerja yang lemah lembut, berbudi bahasa dan ‘tak kisah janji ada gaji hujung bulan’.

    P.S. cemburu melihat senario dan pendekatan cara kerja sesetengah majikan di Barat yang mana suasana kerja yang santai dan waktu kerja yang memang anjal. Tiada pakaian kerja rasmi ie. boleh pakai apa saja pakaian yg sesuai dengan kerja yg di lakukan (asalkan tidak menjolok mata dan mengganggu teman sekerja). Waktu kerja bebas asalkan cukup 8 jam kerja (pure work only) dan boleh di lakukan di rumah atau di pejabat. Bagi mereka yg berurusan dengan pejabat kerajaan, hendaklah menyusun waktu kerja sama dengan kerajaan pada hari yang berkenaan.

    Like

    • Point-point yang bagus, tuan. Perasaan dan pandangan dari sudut “Employee”, yang kerja bawah orang, yang makan gaji. Majikan dan boss ni pun memang satu hal juga (bukan semua), sering kali kurang pedulikan masalah dan kebajikan pekerjanya. Seperti yang selalu disebut: Towkay naik Benz, kuli naik kapcai”.

      Next time (dalam posting lain) kita bawakan pulak “Keluhan seorang pekerja”.

      Terima kasih tuan kerana sudi meluangkan masa dengan kita semua di sini.

      Salam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s