Selamat berpuasa Ramadhan kepada semua!

Standard

Selamat berpuasa Ramadhan kepada semua! Kami ucapkan “Selamat Berpuasa” kepada anda yang berugama Islam sempena dengan esok (Rabu, 10/7/13) merupakan tarikh umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa Ramadhan.

Walau seteruk manapun panas dan dahaga, seteruk manapun jenis kerja kita, tetapi kita masih tetap dituntut – diwajibkan – berpuasa, kecuali setelah tahap tidak tahan puasa itu memasuki area dharurat. Tetapi topik yang sebegini bukan layak bagi kami menceritakan kepada anda.  Soalan dan persoalan serta jawapan kepada hukum-hakamnya bolehlah diajukan kepada mereka yang arif dan pakar dalam bidang ibadah itu.

Yang kita nak sebut di sini hanya satu perkara sahaja: Semoga dalam mengerjakan ibadah puasa Ramadhan yang menjadi satu dari lima Rukun Islam ini, sebagai majikan/boss atau sebagai pekerja, tahap produktiviti dan kualiti kerja kita serta tanggungjwab kita janganlah merosot hanya kerana “Aku letih puasa” atau “Aku brerpuasa”. Maka berpuasalah kita kerana itu dituntut oleh Allah. Bekerjalah dan lunaskan tanggungjawab kita kerana itu dituntut oleh manusia lain.

Sebelum tulisan basic ini ditamatkan, kami ingin share dengan anda tulisan yang sangat baik oleh Datuk Dr. Maza. Silalah click link ini untuk tatapan, panduan, dan ilmu bagi kita semua. Semoga ada manfaatnya.

http://drmaza.com/home/?p=2012

Sekali lagi, Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah dalam bulan penuh barakah dan mulia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s