Majikan zalim potong elaun dan komisyen pekerja

Standard

Sejak bermulanya keadaan dalam sejarah peradaban manusia di mana tempat kerja atau pekerjaan mempunyai majikan dan pekerja, memang terdapat majikan yang kejam, mengambil kesempatan, yang zalim, yang tidak adil, yang menipu, yang berperangai jelik dan seumpanya.

Satu dari puluhan contoh benar diperturunkan di sini, dari akhbar Harian Metro Jumaat 5hb Julai 2013, untuk tatapan kita semua, untuk dijadikan iktibar dan garis panduan:

————————-

Oleh Norul Awatif Romli

Petaling Jaya: Kira-kira 10,000 pekerja logistik yang beroperasi sekitar Pelabuhan Klang mendakwa terpaksa menanggung akibat berikutan taktik kotor digunakan sesetengah majikan yang memotong elaun bekerja lebih masa dan komisen bulanan mereka walaupun pelaksanaan gaji minimum sudah berkuat kuasa bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pekerja mengenai pembohongan dilakukan majikan terbabit yang lebih memikirkan keuntungan berbanding kebajikan pekerja. Menurutnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pemberian Gaji dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat perkara itu seterusnya mengambil tindakan undang-undang jika majikan terbabit didapati melakukan kesalahan.

“Terdapat lebih 500 syarikat logistik beroperasi di Pelabuhan Klang dan setakat ini, kami menerima antara lima hingga enam laporan tetapi saya percaya sebenarnya lebih banyak syarikat yang melakukan perkara terkutuk itu. Mereka memotong elaun kerja lebih masa dan komisen bulanan pekerja bagi memastikan jumlah gaji pekerja tetap sama walaupun gaji minimum RM900 sudah dilaksanakan.”

“Jadi, apa gunanya pemberian gaji minimum sedangkan pekerja tetap tidak dapat menikmati kenaikan gaji seperti arahan kerajaan,” katanya pada sidang media di Wisma TWU, semalam.

——————–

Baguslah dah buat laporan kepada pihak berkuasa, kemudian siasatan akan dilakukan, pekerja dan majikan dipanggil, laporan disedia dan kemukakan kepada Menteri, yang prosesnya entah berapa minggu lamanya….semuanya dilakukan sedangkan pekerja yang terlibat masih juga dipotong elaun dan komisyen mereka.

Sikap keji sesetengah majikan ini berlaku di masa Industrial Revolution, di abad ke-19, abad ke-20, waktu Tanah Melayu dijajah, dan masih berlaku di abad ini di mana jua walaupun kebanyakan kita berpelajaran tinggi. Kerana sikap tamak dan bakhil tetap menyaluti hati kita.

———————–

Nota: Mohon maaf kepada para boss dan majikan — Memanglah pada masa yang sama terdapat pula pekerja yang zalim, yang penipu, berperangai keji dan seumpamanya, tetapi tulisan kali ini ditumpukan kepada majikan, maka kita sentuh majikan sahaja di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s