Soalan dan Jawapan di Parlimen (Dewan Rakyat) mengenai slow process di Industrial Court

Standard

Sekarang ini pihak pekerja sering mengeluh kerana merasakan bahawa proses yang diambil untuk menyelesaikan satu-satu kes sehingga ke peringkat Mahkamah Perusahaan sangat perlahan, sehingga melebihi  dua tahun. Dan ini, pada pendapat pekerja, sangat tidak adil untuk mereka.

Berkaitan dengan perkara ini, pada 2/7/2013 yang lalu seorang Wakil Rakyat telah mengemukakan soalan di Dewan Rakyat (Parlimen) kepada Menteri Sumber Manusia.

YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat): Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kelewatan proses Mahkamah Perusahaan dan kebanyakan kes tertangguh dan sepatutnya ia perlu diselesaikan dalam sekitar dua tahun sahaja dan berapakah jumlah kes yang tertangguh dari Jun 2008 sehingga Jun 2013.

Jawapan oleh YB Datuk Richard Riot, Menteri Sumber Manusia:

  • Jumlah kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan bagi tempoh 01/06/2008 ~ 31/05/2013 adalah 14,559
  • Pendaftaran atau penerimaan kes-kes bagi tempoh 01/06/2013 ~ 31/05/2013 adalah 6,581
  • Jumlah keseluruhan kes-kes yang melebihi dua tahun setakat 31/05/2013 adalah 552

Antara sebab-sebab kelewatan menyelesaikan kes-kes:

(i) terdapat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan dan akhir sekali ke Mahkamah Persekutuan. Sementara menunggu keputusan, kes tidak dapat diteruskan. Apabila keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan kes perlu diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan, barulah kes tersebut dihantar semula ke kes perusahaan dan diteruskan untuk disambung bicara;

(ii) kerana permohonan sampingan yang lain ke Mahkamah Tinggi dalam masa yang sama seperti permohonan penggantungan, permohonan untuk membuat rayuan yang mana prosesnya memakan masa yang lama dan kes di Mahkamah Perusahaan ditangguhkan sementara sehingga permohonan di Mahkamah Tinggi selesai;

(iii) kerana kes-kes yang rumit atau complicated cases dan melibatkan ramai pihak menuntut atau perayu dan saksi. Saksi-saksi perlu diperiksa oleh kedua-dua pihak mengikut peringkat seperti pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Ada di antaranya juga melibatkan saksi dari luar negara;

(iv) tarikh bicara telah ditetapkan, tetapi pihak-pihak bertikai memohon untuk meminda pleading atau penggabungan beberapa kes dalam satu kes ataupun percantuman pihak lain ke dalam kes tersebut. Permohonan tersebut akan didengar terlebih dahulu dan sekiranya terdapat bantahan di pihak yang satu lagi, ia akan mengambil masa yang lebih panjang; dan

(v) peguam pihak-pihak bertikai memohon untuk penangguhan tarikh bicara yang telah ditetapkan atas pelbagai alasan dan ini menyebabkan tarikh bicara terpaksa dijadualkan semula mengikut kelapangan kesemua pihak.

Soalan tambahan dari YB Kuala Langat: Saya ingin mencadangkan YB Menteri berkesudian untuk mengkaji semula, diberi kuasa penuh kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk terus ke mahkamah dan diberi tempoh 30 hari ataupun 90 hari bagi Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk menyelesaikan masalah sementara menunggu kuasa Menteri yang diperuntukkan di bawah Sek.20.3 Akta Perusahaan 1967 itu dilunaskan. Sebabnya ialah Menteri tidak berupaya hendak mengendalikan 2,000 kes setahun untuk menyegerakan dibawa ke mahkamah. Juga mencadangkan supaya Jabatan Perhubungan Perusahaan diberikan kuasa untuk membawa kes itu terus ke Mahkamah Perusahaan dan dengan itu tempoh yang dibenarkan di bawah Seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 selama dua tahun itu dapat dipendekkan dan disegerakan. Mohon Menteri bersetuju dengan cadangan ini.

Jawapan YB Menteri: Sebagai Menteri Sumber Manusia, saya perlu menjelaskan di sini bahawa apa juga tindakan yang kita ambil, kita juga harus mengikut akta. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebenarnya di bawah Mahkamah Perusahaan Malaysia, kita mempunyai 19 buah Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang dua, Perak satu, Johor dua, Sabah satu, dan Sarawak satu. Maka oleh yang demikian, cadangan seperti mana yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dari Kuala Langat itu kita akan lihat. Kalau ia boleh kita lakukan mengikut akta, kita akan ambil perhatian.

Soalan dari YB Gerik (Dato’ Hasbullah bin Osman): Kita dapati pekerja-pekerja rasa tidak dapat menggunakan akta-akta yang ada. Berdasarkan soalan di sini, proses Mahkamah Perusahaan agak lewat. Mohon penjelasan pihak kerajaan tentang inisiatif yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Jawapan YB Menteri: Kementerian Sumber Manusia sebenarnya mempunyai piagam pelanggan. Piagam pelanggan adalah terdiri daripada tiga aras:

(i) mengeluarkan keputusan award dalam tempoh tiga bulan dari tarikh hujahan bertulis terakhir difailkan;

(ii) membicarakan dan memutuskan setiap kes yang dirujuk dalam 16 bulan bagi kes pembuangan kerja dan 12 bulan bagi lain-lain kes; dan

(iii) memberi pengiktirafan kepada perjanjian bersama yang diamanahkan dalam tempoh enam minggu.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang mungkin semua sedia maklum, sebenarnya kita mempunyai apa yang kita panggil sebagai tripartite system yang mana para pekerja yang juga dalam perkara ini di Mahkamah Perusahaan, kita mempunyai wakil dari majikan dan juga wakil dari pekerja selain dari wakil dari kementerian. Sekian, terima kasih.

Apa komen anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s