Gaji Minima: Implementasi sepenuhnya mulai 01/01/2014

Undang-undang atau perintah mengenai Gaji Minima akan dilaksanakan sepenuhnya ke atas semua majikan tanpa kecuali mulai 01/01/2014. Setakat ini, majikan dalam beberapa sektor tertentu telah diberi pengecualian menunda tarikh perlaksanaan awal (tarikh perlaksanaan telah bermula pada 01/01/2013).

Menteri Sumber Manusia memberitahu, 400 syarikat telah diberi kelonggaran sementara ini, yang antaranya termasuklah pemilik hotel dan penyedia perkhidmatan keselamatan.

Menteri itu menyatakan bahawa kementeriannya ‘tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat‘.

Ini bererti, mulai 01/01/2014, semua majikan diwajibkan oleh undang-undang membayar gaji minimum ini:

  • RM800.00/bulan (RM3.85/jam) di Sarawak, Sabah, Labuan
  • RM900.00/bulan (RM4.33/jam) di Semenanjung

Bagi majikan atau syarikat yang belum melaksanakan Gaji Minima ini, eloklah membuat apa-apa persediaan yang perlu ke arah mematuhinya.

Leave a comment