Membatalkan tawaran kerja kerana hamil adalah melanggar Perlembagaan

Standard

Adalah menjadi “settled law” sekarang ini bahawa tindakan majikan menarik balik tawaran pekerjaan kepada seseorang wanita (menafikan pekerjaan) kerana wanita itu hamil adalah batal, tidak sah, dan salah di sisi perlembagaan negara.

Perkara ini telah menjadi nyata dari segi undang-undang apabila pada 27/6/2013 Kerajaan Malaysia menarik balik hasratnya (sebagai Perayu) untuk merayu satu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan kes saman seorang wanita terhadap Kerajaan berhubung dengan satu tawaran kerja sebagai guru sandaran.

Implikasi kepada majikan

Selaras dengan keputusan mahkamah ini, Admin ingin menasihati para majikan sama ada kerajaan mahupun swasta supaya jangan menafikan tawaran kerja kepada pemohon wanita kerana faktor wanita itu hamil. Ini adalah satu bentuk diskriminasi gender. Jika berbuat demikian, wanita itu boleh mengambil tindakan undang-undang menuntut haknya, dan sudah pastilah dia akan menang.

Latar belakang kes

Noorfadilla Ahmad Saikin (sekarang berumur 31 tahun), dari Kajang, telah memohon kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat satu jawatan iaitu “guru sandaran tidak terlatih”. Setelah ditemuduga, beliau kemudian ditawarkan jawatan itu secara kontrak bulan ke bulan, yang akan bermula dalam bulan Januari 2009. Apabila diminta melapor diri, Noorfadilla memebritahu PPD itu bahawa dia hamil. Atas sebab itu, PPD telah sertamerta menarik balik tawaran yang dibuat kerana adanya dasar wanita hamil tidak boleh diambil sebagai guru sandaran. Noorfadilla kemudiannya telah memfailkan saman itu pada Mei 2010 dan menamakan, antara lain, Kerajaan Malaysia, sebagai defenden. Beliau memohon diisytiharkan bahawa pemecatan daripada kontraknya kerana dia hamil sebagai tidak sah.

Pada 12/7/2011 Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa pemecatan Noorfadilla daripada pekerjaan itu adalah batal dan tidak sah dan salah di sisi perlembagaan dan memberikannya ganti rugi yang akan dinilai kemudian.

Dalam membuat keputusan penting julung kali seperti itu (landmark case), hakim telah turut menggunapakai:

(a) Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan tidak sepatutnya ada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana orang berdasarkan gender, dan

(b) Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)

Kerajaan Malaysia kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Bagaimanapun pada 27/6/2013, kerajaan telah menarik balik hasrat itu tanpa menyatakan alasan.

Nota: Kes ini merujuk kepada situasi di mana wanita yang memohon kerja telah tidak diberi jawatan kerana dia hamil. Bolehkah wanita tidak ditawarkan kerja kerana faktor lain, misalnya, kebolehannya tidak mencapai tahap yang ditetapkan, atau tidak menuhi syarat jawatan seperti tidak cukup ketinggian badan? Admin berpendapat, Boleh. Kerana yang tidak boleh atau yang menyalahi undang-undang atau perlembagaan adalah disandarkan faktor berkaitan gender, yang sudah tentu tidak adil kepada wanita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s